PAKAR PERUNDING





NUR HIBAH CONSULTANT telah diasaskan oleh Tuan Muhammad Nur Hafiz bin Roslan,
seorang graduan syariah dalam jurusan Syariah Undang-Undang, Universiti Malaya, [Bach (Hons) Syariah & Law Uni.Malaya]

Beliau selanjutnya telah melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma Lanjutan di
Universiti Teknologi Mara, UiTM di peringkat Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan.

Berbekalkan pengalaman selama 10 Tahun dalam bidang Syariah dan Perundangan, serta semangat beliau dalam memartabatkan perundangan syariah dan memberi khidmat dan pengurusan yang efisien dan mudah berkenaan Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia, beliau kini telah mengorak langkah
kehadapan dengan menceburi bidang Perancangan dan Pengurusan Kehartaan Islam, bagi
membantu komuniti MUSLIM di Malaysia membuat Perancangan dan Menguruskan Harta Pusaka
dengan cekap, pantas dan efektif.

Matlamat utama Nur Hibah Consultant adalah mendidik masyarakat dengan atur cara pengurusan Harta orang-orang Islam dengan betul dan Patuh Syariah melalui instrumen yang telah dibenarkan dan digariskan oleh Islam dan diterima oleh Mahkamah Syariah.

Produk Intensif Penulisan Hibah, Pengurusan Hibah, Runding cara Hibah dan Perlaksanaan perintah Hibah , Penulisan Deklarasi Harta Sepencarian, Khidmat Nasihat Pengurusan dan atur cara undang-undang Syariah berkenaan Harta Sepencarian , Penulisan Wasiat, dan Pengurusan Harta Pusaka dan Faraidh menjadi Produk utama dan Kepakaran Nur Hibah Consultant.

Matlamat kedua ialah memudahkan urusan Pihak-pihak yang terlibat dalam Perancangan Kehartaan Islam serta mencapai target setiap seorang dari tiga orang Muslim yang Berharta Mampu mengaplikasi Hibah , dan menguruskan Hartanya sebaik mungkin sehingga memudahkan ahli WARIS mereka.



No comments:

Post a Comment

HIBAH BERSAMA NHC - KLIK TAJUK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

RAIKAN CINTA, HIBAHKAN HARTA

T erima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Tuan/Puan  kerana memilih  untuk merancang/menguruskan harta dengan cara dan kaedah yang betul ...