PRODUK NUR HIBAH CONSULTANTS:
A) Deklarasi Nur-Hibah
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang
yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan
daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Nur-Hibah” adalah produk NHC yang menggunapakai Instrumen “Hibah”
sebagai satu mekanisma untuk deklarasi pemberian dan penguatkuasaan dari sudut
syarak dan penerimaan dari tatacara Perundangan.
Apa
itu Nur-Hibah
Nur-Hibah ialah
deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik asset ( harta Alih atau Tidak Alih
) yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari
atau juga beliau memegang aset tersebut untuk
kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan
terma penghibah memegang aset tersebut merujuk kepatuhan Syarak.
Ciri-ciri
Nur-Hibah
·
1) Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
2) Hanya pemberian daripada ibu/bapa kepada anak-anak boleh dibatalkan.
3) Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.
2) Hanya pemberian daripada ibu/bapa kepada anak-anak boleh dibatalkan.
3) Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.
Kelebihan
membuat Deklarasi Nur-Hibah
1) Aset Nur-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah
(kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam
Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian
Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian
samarata untuk anak-anak*
2) Penghibah mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah*
3) Penghibah boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau
dalam keadaan tidak berupaya**
4) Penghibah masih boleh menerima manfaat aset Nur-Hibah semasa
beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada
manfaat kanak-kanak tersebut.**
*Deklarasi Hibah hanya
boleh dibuat sekiranya penerima tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut
semasa deklarasi dibuat tertakhluk kepada terma dan syarat tertentu mengikut
perundangan
*Pengurusan dan
Nasihat pelepasan bagi Harta masih dalam gadaian atau hutang atau Sekatan Kepentingan
**terkait dengan
perlantikan Perlantikan Penjaga Harta Kanak-Kanak
B) Deklarasi Nur-Kasih
(Deklarasi Harta
Sepencarian )
Apakah Harta Sepencarian?
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan
yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian" sepertimana tertakhluk
dalam Definasi Harta Sepencarian di dalam Akta atau Enakmen Keluarga Islam
Negeri-Negeri di Malaysia.
Produk Nur-Kasih akan memudahkan urusan perjalanan Prosiding Kes
Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah. Oleh itu, pasangan suami/isteri yang
masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati
sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilakukan.
Perkhidmatan Deklarasi Harta Sepencarian Di Nur Hibah
Consultants
Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari (waris-waris)
simati tidak bersetuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh
pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah
ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari
selepas kematian, Nur Hibah Consultants menyediakan dokumen yang diakui dan
diterimaserta mampu untuk mengelakkan
masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.
Kelebihan Membuat Deklarasi Nur-Kasih
1) Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan
pembahagian masing-masing.
2) Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
3) Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu memanjangkan masa
tuntutan di mahkamah Syariah
4) Menjimatkan kos tanpa perlu hadir berulangkali ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
5) Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
6) Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi.
C) Pengurusan Harta Pusaka
Tidak Berwasiat
Tidak Berwasiat
Apabila seseorang
meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir
mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan
semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati
menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.
Prosedur atau kaedah
mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir
adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta
Probet dan Pentabiran 1959.
Sebenarnya,
pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di
dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada
dalam keadaan menderita.
Masalah yang
berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai
permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan
dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu.
Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka
simati.
Walau bagaimanapun,
Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin melalui Kerjasama
Strategik Nur Hibah Consultants dengan Syarikat Amanah.
Nur
Hibah Consultants mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan
tanggungjawab menyelesaikan pengurusan mentadbir harta pusaka, tugas kami
termasuklah yang berikut:
- Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
- Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
- Mempunyai Panel guaman Syarie yang bertauliah bagi negeri-negeri
- Mempunyai Panel guaman Sivil yang berpengalaman
- Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
- Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
- Membayar hutang
- Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
- Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
- Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan
D) Penulisan Wasiat
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat
pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan
kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas
kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan
diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan
Islam.
Waris telah ditetapkan
dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka
beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati.
Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara
automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu.
Golongan yang tidak
dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat,
anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan
orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga (1/3) daripada hartanya kepada orang yang disayangi
samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada
Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah
seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur
dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"
Kepentingan Wasiat
Mengikut Undang-Undang di Malaysia:
Pihak Nur Hibah
Consultants, Pakar dalam menasihati dan menyediakan Surat Wasiati dan kami akan
membantu anda untuk menulis Wasiat anda mengikut hasrat anda dan patuh Syarak.
E) Wakaf
Dari segi bahasa Wakaf
bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang
tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi
untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah.
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al
Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika
Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah
bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah
dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu
kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai
wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun
memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi,
tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak
dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang
yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya
sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya
Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27)
(Jilid 4 m/s 27)
Wakaf boleh di buat
untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui
Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf
itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat
hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.
Perkhidmatan
Wakaf yang terdapat di Nur Hibah Consultants:
·
Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
·
Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf
F) Penjagaan Harta Kanak-Kanak
Penjagaan ialah
pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta
kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila,dungu).
Mengikut pandangan
Islam, Penjaga dan Hadhinah (custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang
berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk
memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu
mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.
Terdapat
dua kategori penjagaan:
· 1) Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta,
menggadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi
manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan
· 2) Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap
pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah
perempuan yang di bawah jagaannya)
Menurut
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) s.88, yang mana
ia mengikut Mazhab Syafie, keutamaan untuk menjadi penjaga adalah mengikut
urutan berikut:
·
Bapa
·
Datuk lelaki di sebelah bapa
·
Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
·
Wasi kepada wasi bapa
·
Wasi datuk di sebelah bapa
·
Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa
Nur Hibah Consultans menawarkan perkhidmatan ;
1. Khidmat Nasihat berkenaan proses Perundangan untuk perlantikan
penjagaan harta kanak-kanak
2. Menguruskan dokumentasi yang diperlukan
3. Mempunyai Panel Guaman Syarie bertauliah bagi Negeri-Negeri
4. Bekerjasama dengan Rakan Strategik kami Syarikat Amanah untuk
dilanttik menyediakan perkhidmatan
sebagai penjaga kepada harta kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment