Masalah Rumah Tangga.Dalam perkahwinan tentu sahaja ada masalah
rumah tangga. Tak kiralah sekarang, masa lalu mahupun akan datang.Masalah rumah
tangga yang melanda akan datang silih berganti tanpa ada hentinya.
Tak kira ringan ataupun berat masalah rumah tangga tersebut.Semua
itu adalah perkara yang normal dan anda tidak perlu takut untuk menghadapi dan
menyelesaikan masalah rumah tangga tersebut. Apa yang penting, anda perlu kuat,
tabah dan sabar dalam menghadapi, mengatasi dan menyelesaikannya.
Ramai yang tidak berjaya untuk mengatasi masalah rumah tangga
ini.Malah, bukan sedikit yang tersalah langkah ketika menyelesaikanya. Kebanyakannya
cuba menyelesaikan masalah rumah tangga dengan kekerasan dan emosi. Akibatnya
akan timbul masalah baru yang tetap memerlukan penyelesaian dengan cara yang
matang dan tenang dalam menghadapinya.
Masalah rumah tangga ini sangat luas dan turut bersangkut paut
dengan pelbagai macam aspek kehidupan berumahtangga. Bermula dari masalah
ekonomi, sahabat handai, jiran, teman sepejabat, pendidikan, agama, kemudahan
bersama, anak, idealogi dan sebagainya. Bahkan setiap ahli keluarga juga berpotensi
menimbulkan masalah rumah tangga. Tak kiralah, anak, anak angkat, ibubapa,
adik, kakak, ipar, isteri, suami dan lain-lain lagi.
Beberapa tips untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah rumah
tangga ini.
Duduk bersama untuk mendapat keputusan bersama yang baik dan sepakat
daripada semua pihak. Dengan berbincang atau bermusyawarah, setiap ahli
keluarga akan berasa dirinya dihargai. Siapa yang menjadi ketua keluarga harus
menjadi pemimpin yang bijak, adil serta tidak memaksa kehendak.
2. Belajar Daripada Pengalaman Orang Lain
& Ambil Iktibar
Ramai orang lain yang mempunyai masalah rumah tangga yang sama
dengan masalah anda. Jadi, tidak salah jika anda belajar daripda pengalaman
keluarga atau mereka itu. Anda boleh sahaja meminta pendapat mereka yang lebih
lama berkahwin. Lihat keputusan yang baik dan keputusan yang kurang baik
sebagai pelajaran paling bermakna. Anda boleh juga contohi apa yang paling baik
untuk diterapkan dalam kehidupan berumahtangga yang sedang anda lalui.
3. Selesaikan Apa Yang Penting Terlebih Dahulu
Masalah yang kecil, sebaiknya tidak diperbesar-besarkan. Masalah
kecil boleh sahaja anda abaikan selagi ia tidak berpotensi untuk merebak
menjadi besar. Selesaikan terlebih dahulu masalah yang dirasakan perlu
ditangani segera atar tidak timbul permasalahan yang lebih besar dalam
perkahwinan.
4. Cari Sokongan Ahli
Keluarga
Untuk mengatasi masalah suami/isteri yang anda yakin salah, anda
sememangnya memerlukan ahli keluarga lain untuk menyokong tindakan anda bagi
mengatasi masalah tersebut. Situasi ini akan membuatkan si dia yang bersalah
tersedar bahawa dia harus berubah kerana ahli keluarga yang lain mengharapkan
yang terbaik daripada kedua-dua belah pihak.
Jika menghadapi orang yang keras kepala, jadi salah satu jalan
penyelesaian terbaik adalah mengalah dan menganggap masalah rumah tangga
tersebut tidak pernah ada. Jika anda berhadapan dengan orang yang sebegini
tiada gunanya jika anda turut sama keras kepala kerana dia tidak akan ‘melutut’
di depan anda sekalipun tahu bahawa dia yang salah.
6. Jangan Sampai Orang Lain Tahu
Semakin ramai orang luar yang tahu masalah rumah tangga anda, akan
muncul lagi pelbagai masalah baru . Bahkan anda sendiri pasti akan berasa tidak
selesa apabila orang lain mula sibuk membicarakan masalah anda itu. Ini adalah
kerana masalah rumah tangga boleh dikatakan sebuah aib yang harus disembunyikan
daripada orang-orang yang tidak berhak untuk mengetahuinya. Masalah suami
isteri dalam rumah tangga sebaiknya tidak diketahui oleh anak-anak, apatah lagi
orang luar!
7. Pengorbanan
Dalam menyelesaikan sebuah masalah adakalanya anda perlu melakukan
satu pengorbanan. Paling penting, bersabar dan ikhlas berkorban. Jangan
berkorban hanya untuk menyelesaikan masalah yang tidak perlu atau tidak
penting. Jangan gunakan emosi ketika menyelesaikan masalah kerana emosi boleh
membuat sebuah keputusan yang diambil tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment