Wednesday, 24 June 2020

Cerai Luar Mahkamah.



Penceraian luar mahkamah bermaksud penceraian yang dilakukan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Cerai luar mahkamah termasuklah lafazkan cerai secara lisan tanpa kebenaran mahkama, cerai melalui e-mel dan cerai melalui Whatsapp atau SMS.


Bagi kes-kes cerai sebegini, mana-mana pihak sama ada isteri atau suami perlu mengemukakan permohonan ke Mahkamah Syariah bagi mengesahkan penceraian walaupun yakin dan pasti, lafaz yang digunakan adalah lafaz sorih dan talak telah jatuh. Pengesahan perlu dilakukan bagi membenarkan cerai tersebut direkodkan menurut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam. Bukan semata-mata memenuhi kehendak undang-undang sebaliknya untuk kemaslahatanpihak-pihak terlibat pada masa akan datang.


Islam menetapkan hanya suami yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak. Namun jangan salah anggapan, dalam keadaan tertentu, isteri juga mempunyai kuasa talak.


Seorang isteri di selatan tanah air menceritakan perihal suaminya yang bersikap cemburu buta dan panas baran. Lebih 15 tahun bersama, suami masih tidak meletakkan kepercayaan wajar kepadanya. Pantang membalas senyuman lelaki lain hatta rakan sekerja dan dituduh si isteri telah berlaku curang. Telah cuba berbincang malah telah diadu kepada pihak yang berwajib, suami dengan lantang mengatakan “ tiada siapapun yang dapat memisahkan kita berdua, kerana kuasa talak ada di tangan aku” .

 

Ya, memang diakui bahawa kuasa talak melafazkan talak itu terletak di tangan lelaki atau suamitetapi ketahuilah bahawa islam memperuntukan bahawa isteri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan ikatan sesebuah perkahwinan. Malah, kuasa wanita atau isteri lebih besar berbanding kuasa suami. Kenapa? Kerana suami hanya arif mengenai talak tetapi isteri berkuasa menggunakan khuluk, fasakh,dan  taklik malah juga isteri boleh memanipulasi kuasa talak suami.

 


No comments:

Post a Comment

HIBAH BERSAMA NHC - KLIK TAJUK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

RAIKAN CINTA, HIBAHKAN HARTA

T erima kasih dan Tahniah diucapkan kepada Tuan/Puan  kerana memilih  untuk merancang/menguruskan harta dengan cara dan kaedah yang betul ...