Hilangnya Kuasa Talak Seorang Suami.
Terdapat satu kaedah perceraian yang jarang dikemukakan
masyarakat disebabkan kurang pengetahuan mengenainya iaitu perceraian secara
hakam. Melalui kaedah ini hasrat isteri bercerai dengan suami dapat ditunaikan
walaupun suami enggan melepaskannya.
Seksyen 47 Akta undang-undang Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan (peruntukan yang sama bagi negeri-negeri lain di Malaysia, hanya
berbeza seksyen sahaja) memperuntukkan bahawa sesebuah perkahwinan hanya boleh
dipisahkan apabila ada persetujuan kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri.
Bercerai apabila seseorang individu itu sama ada suami atau isteri inginkan
penceraian Mahkamah menetapkan bahawa penceraian tersebut perlu dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju maka
penceraian tidak dibenarkan dan kes akan dibawa ke Jawatankuasa Pendamai.
Melalui Jawatankuasa Pendamai ini pula, sekiranya masih
wujud pergolakan maka diwujudkan satu pihak yang dinamakan hakam. Di sinilah
kuasa talak suami boleh dimanipulasikan. Sekiranya pihak yang memohon
penceraian adalah pihak isteri dan suami berkeras enggan menceraikan sedangkan
pihak Jawatankuasa Pendamai dan hakam berpendapat penceraian antara kedua
mereka adalah wajar, maka hakam akan mengambbil alih kuasa cerai daripada
suami. Menepati bahawa, isteri juga mempunyai kuasa cerai atau talak.
Bagi kes suami tidak hadir
di mahkamah atau enggan melafazkan talak, mahkamah akan merujuk kes itu kepada
hakam untuk tindakan menurut Seksyen 48. Pada peringkat ini, hakam mengambil
alih tugas seterusnya melalui dua peringkat iaitu hakam tidak mempunyai kuasa
menceraikan pasangan, sekadar memberi kata putus berkenaan keadaan rumah tangga
pasangan.
Peringkat kedua, hakam
dilantik oleh mahkamah syariah dengan kuasa untuk menceraikan manakala suami
langsung tidak mempunyai kuasa menghalang perceraian itu dan ia sah di sisi
hukum syarak serta undang-undang.
Menerusi prosiding hakam
ia dapat memendekkan proses perceraian yang biasanya memakan masa yang lama.
Wanita yang digantung tidak bertali juga akan mendapat pembelaan sewajarnya.
Sekurang-kurangnya ia memberikan sinar baru kepada wanita
yang membuat tuntutan perceraian terutama mereka yang digantung tidak bertali.
Jika sebelum ini talak adalah dalam tangan suami dan mereka masih boleh
mempertahan kuasa di mahkamah walaupun isteri menuntut perceraian secara fasakh
atau taklik namun dengan perceraian melalui hakam, suami tidak mempunyai
apa-apa hak dan biasanya perceraian dapat dilakukan dalam tempoh tiga hingga
empat bulan. Hakam juga berkuasa untuk melafazkan talak di mahkamah, walaupun
suami tidak membenarkannya dan enggan melafazkannya
Begitu juga dengan fasakh, khuluk, dan taklik.
Ketiga-tiganya memberikan kuasa kepada isteri untuk mendapatkan jalan keluar
dari perkahwinan yang tidak lagi memberikan kedamaiandan kebahagiaan kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment